Front Page

Koperasi Sahabat

i-Gold Personal Account

Pelaburan dan simpanan emas patuh syariah untuk masa hadapan anda

APA ITU i-GOLD PERSONAL ACCOUNT (i-GPA)

i-GPA adalah produk akaun emas atas talian yang memberikan kemudahan kepada orang awam dan anggota Koop Sahabat khasnya untuk membeli emas berketulenan 999.9 yang diperuntukkan (allocated) untuk dibeli secara pemilikan bersama tanpa perlu menyimpan sendiri emas fizikal tersebut atau bimbang dengan keselamatan emas semasa menyimpannya.

 

KENAPA MEMILIH i-GPA?

 

1. HARGA

Harga yang kompetitif.

Boleh dibeli dengan belian minimum serendah RM10 sahaja.
Harga emas akan dikemaskini setiap hari pada jam 12.00 tengah malam di dalam aplikasi atau jika terdapat kenaikan atau penurunan harga emas di pasaran dunia yang sangat ketara.

2. SIMPANAN

Emas milik pelanggan akan disimpan secara percuma.

Pilihan untuk menebus gram di dalam i-GPA dengan emas fizikal dalam bentuk jongkong emas atau dinar pada denominasi tertentu dengan tambahan premium yang minimum.

Pelanggan boleh menjual kembali gram emas di dalam i-GPA atau emas yang telah difizikalkan kepada Koop Sahabat/ KAB Gold pada harga jualan balik seperti yang tertera di aplikasi.

 

3. KEAKTIFAN

Tiada baki minimum ditetapkan untuk akaun kekal aktif.

Semua gram emas di dalam akaun i-GPA pelanggan adalah milik pelanggan sepenuhnya. Pelanggan dibenarkan untuk mengosongkan akaun i-GPA sama ada melalui penebusan emas fizikal atau aktiviti jual balik.

4. PATUH SYARIAH

Akaun emas i-GPA disahkan patuh syariah oleh Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah melalui KAB Goldynamics Sdn. Bhd.

 

Soalan Lazim i-GPA

 

Ciri-Ciri i-GPA

 

Sila klik butang di bawah ini untuk daftar dan beli emas bersama Sahabat Gold Sekarang!

Pilihan Pengeluaran Emas Fizikal i-GPA